Cari:
Wang Huning Temu Tetamu WIC
2017-12-04 14:32:22 CRI Cetak

Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Wang Huning bertemu secara berasingan dengan pemimpin dan usahawan asing yang menghadiri Persidangan Internet Dunia (WIC) ke-4 di Wuzhen, provinsi Zhejiang semalam.

Dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Prajin Juntong, Wang berkata pertemuan Presiden China, Xi Jinping dengan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha di Xiamen sebelum ini telah menetapkan hala tuju perkongsian strategik komprehensif.

China bersedia bekerjasama dengan Thailand untuk meningkatkan perkongsian pengalaman dalam tadbir urus ruang siber supaya matlamat membina sistem tadbir urus Internet global dapat dicapai.

Prajin pula berkata, Thailand menghargai persahabatan dan bersedia menyelaraskan strategi pembangunan dengan China, di samping memperkasakan kerjasama demi mewujudkan ruang siber yang lebih terbuka, adil dan selamat.

Dalam pertemuan dengan Tim Cook, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Wang memberi penghargaan terhadap peranan syarikat itu dalam pembangunan ekonomi digital serta kerjasama China dan AS.

Kata beliau, China dan AS mempunyai kepentingan bersama yang luas dalam bidang siber. Kedua-dua pihak perlu mengekalkan momentum kerjasama untuk merealisasikan wawasan komuniti berkongsi nasib ruang siber.

Cook pula berkata, usaha menjaga keselamatan ruang siber amat penting. Apple menyanjung dasar terbuka China dan bersedia menyumbang kepada kerjasama pengusaha Internet kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China