Angkatan udara Korea Selatan dan pasukan AS yang ditempatkan di negara itu mengadakan latihan bersama semalam.
Lebih 230 pesawat dan kira-kira 12 ribu askar menyertai latihan bersama berskala raksasa yang akan berlangsung hingga 8 Disember.
Media Korea Selatan menyifatkannya latihan udara berskala paling besar antara kedua-dua negara setakat ini.
Jurucakap Kementerian Penyatuan Korea Selatan semalam menyatakan bahawa latihan defensif itu adalah rutin. Korea Selatan akan berusaha bersama-sama masyarakat antarabangsa bagi menyelesaikan isu nuklear Semenanjung Korea secara damai.