Cari:
Pusingan ke-3 Dialog Usahawan China-Jepun
2017-12-05 14:54:20 CRI Cetak

Pusingan ketiga dialog usahawan dan bekas pegawai kanan kerajaan antara China dengan Jepun diadakan di Tokyo semalam.

Bekas Naib Perdana Menteri China, Zeng Peiyan, bekas Perdana Menteri Jepun, Yasuo Fukuda serta 70 wakil usahawan, bekas pegawai kerajaan dan sarjana menyertai dialog tersebut.

Dalam jamuan malam semalam, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menyatakan bahawa hubungan Jepun-China amat erat.

Dalam pertemuan bulan lalu, pemimpin kedua-dua negara telah mencapai persepakatan untuk mengukuhkan momentum hubungan, memperdalam kerjasama bilateral dan multilateral dalam pelbagai bidang serta meneroka pasaran ketiga.

Tahun depan ialah ulang tahun ke-40 termeterainya Perjanjian Perdamaian dan Persahabatan Jepun-China.

Abe berharap kedua-dua pihak memperluas kepentingan bersama melalui kerjasama saling menguntungkan dan memantapkan hubungan strategik, dengan menumpukan keperluan pembinaan infrastruktur di Asia serta penyelarasan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dengan "strategi Indo-Pasifik" Jepun.

Zeng pula menyatakan bahawa China amat mementingkan hubungan dengan Jepun. China bersedia mendorong hubungan dengan Jepun terus berkembang dengan stabil berasaskan empat dokumen politik serta semangat belajar daripada sejarah demi masa depan.

Tahun ini ulang tahun ke-45 penormalan hubungan diplomatik China-Jepun.

Dalam pertemuan bulan lepas, Presiden China, Xi Jinping dan Abe telah menyatakan hasrat bersama untuk memperbaiki hubungan bilateral.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China