Cari:
Dialog ke-2 PM China-Kanada
2017-12-05 14:50:23 CRI Cetak

Dialog tahunan kedua antara Perdana Menteri China dan Kanada diadakan di Beijing petang semalam.

Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam dialog itu berkata bahawa kerjasama pragmatik antara China dan Kanada saling melengkapi dan saling menguntungkan.

China bersedia terus memperkasakan kerjasama dengan Kanada dalam bidang perdagangan dan pelaburan serta meneroka potensi kerjasama dalam sektor baharu termasuk teknologi hijau, aeroangkasa, tenaga nuklear kegunaan awam dan teknologi pertanian.

Li menegaskan bahawa China dan Kanada negara penting di Asia Pasifik dan gergasi perdagangan di dunia. Liberalisasi perdagangan dan pelaburan selaras dengan kepentingan bersama.

China bersedia bekerjasama dengan negara-negara lain untuk mencipta peluang pembangunan dan berkongsi hasil.

China akan terus membuka pintu dan menyediakan suasana perniagaan yang lebih baik bagi mengetengahkan diri sebagai tumpuan pelaburan dunia.  

  

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau pula menyatakan kesediaan pihaknya untuk merapatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan serta memperluas pertukaran kalangan rakyat dengan China demi situasi menang-menang.

Tambah beliau, Kanada menyokong perdagangan bebas, dan aktif mengambil bahagian dalam proses globalisasi.

Kanada bersedia merapatkan koordinasi dengan China bagi menyumbang kepada pembangunan mampan global.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China