Cari:
HSR Xi'an-Chengdu Mula Beroperasi
2017-12-06 13:46:41 CRI Cetak

Kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan Xi'an, provinsi Shaanxi dengan Chengdu, provinsi Sichuan mula beroperasi hari ini.

Laluan sepanjang 643 kilometer dengan kelajuan maksimum 250 kilometer sejam itu memendekkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar kepada 3 jam 27 minit.

HSR ini merupakan yang pertama dibina merentasi kawasan pergunungan Qinling, melalui bentuk bumi yang rumit.

Sebahagian landasan sepanjang 45 kilometer dibina di atas jurang 1,100 meter dari paras laut, manakala satu lagi seksyen sepanjang 134 kilometer merentasi gunung menerusi tujuh terowong yang setiap satunya lebih 10 kilometer.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China