Cari:
Komuniti Saihanba China Terima Anugerah UNEP
2017-12-06 11:19:34 CRI Cetak

Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP) menyampaikan Anugerah Pembela Bumi kepada komuniti penghutanan Saihanba China atas sumbangannya memulihara landskap semula jadi dalam usaha membangunkan tamadun ekologi.

Pengumuman anugerah tertinggi UNEP itu dibuat semasa sidang akhbar sempena perhimpunan PBB di Nairobi semalam.

Erik Solheim, Pengarah Eksekutif UNEP, memuji usaha komuniti Saihanba menebus guna tanah tandus melalui langkah inovatif dengan kos berkesan.

Pada 1950-an, kawasan Saihanba seluas 93 ribu hektar yang terletak di utara provinsi Hebei, semakin tandus akibat kegiatan pembalakan yang keterlaluan hingga membolehkan angin meniupkan pasir ke Beijing dan tempat-tempat di sekitar.

Pada tahun 1962, pekerja hutan mula menanam pokok di Saihanba dan melalui usaha tiga generasi, kadar liputan hutan di sana meningkat kepada 80% daripada 11.4%.

Hutan yang dipulihara itu dapat membekalkan air bersih sebanyak 137 juta meter padu ke Beijing dan Tianjin setiap tahun, selain menjana sektor ekonomi hijau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China