Cari:
Xi Temu PM Kanada
2017-12-06 14:07:58 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau di Rumah Tamu Diaoyutai, Beijing semalam.

Xi menyarankan agar China dan Kanada meningkatkan kerjasama dalam bidang sumber tenaga, sains dan inovasi, penerbangan, kewangan, pertanian moden dan teknologi bersih.

China bersedia terus menyokong syarikat tempatan melabur di Kanada, serta mengalu-alukan syarikat Kanada mengambil bahagian dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Xi juga mahu kedua-dua pihak mengintensifkan pertukaran dan kerjasama dalam bidang pendidikan, kebudayaan, pelancongan dan sukan.

Trudeau pula menyatakan bahawa kerjasama kedua-dua pihak mengekalkan momentum kukuh pada tahun-tahun kebelakangan ini hingga membawa manfaat ketara kepada rakyat, sekali gus mengeluarkan isyarat positif kepada dunia.

Kanada komited untuk memperkasakan hubungan dengan China berdasarkan prinsip saling menghormati dan saling mempercayai, di samping merancakkan kerjasama ekonomi, perdagangan dan sosiobudaya, serta mengeratkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu-isu global dan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China