Cari:
Tillerson Lawat Eropah
2017-12-06 14:10:39 CRI Cetak

Wakil Kanan Kesatuan Eropah (EU) bagi Dasar Keselamatan dan Hal Ehwal Luar, Federica Mogherini dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson telah mengadakan rundingan di Brussels semalam.

Isu-isu yang menjadi fokus rundingan termasuk proses damai Asia Barat, isu nuklear Iran dan Semenanjung Korea serta isu Syria.

Mogherini menyatakan bahawa pelaksanaan sepenuhnya perjanjian nuklear Iran penting bagi keselamatan Eropah, rantau Asia Barat bahkan dunia.

EU bersedia mengeratkan kerjasama dengan AS dalam pelaksanaan perjanjian itu.

Tillerson pula berkata, peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman baru-baru ini disyaki dibekalkan oleh sumber dari Iran. Hal ini tidak boleh dibiarkan jika disahkan benar.

Brussels adalah destinasi pertama dalam lawatan Tillerson ke Eropah. Seterusnya beliau akan menghadiri Mesyuarat Menteri Luar NATO selama dua hari yang menumpukan dasar terhadap Rusia dan isu keselamatan Asia Timur Laut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China