Cari:
EU Bimbang Isu Baitulmuqaddis
2017-12-07 13:47:27 CRI Cetak

Kesatuan Eropah (EU) menyuarakan kebimbangan atas tindakan Presiden AS, Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, serta kesannya terhadap kedamaian Asia Barat.

Naib Presiden Suruhanjaya Eropah (EC), Federica Mogherini dalam satu kenyataan semalam, menegaskan bahawa EU menyokong penyelesaian dua negara dan pendirian ini tidak berubah.

Katanya, aspirasi rakyat Palestin dan Israel mesti dipenuhi dan rundingan perlu dijadikan jalan untuk menyelesaikan isu status Baitulmuqaddis sebagai ibu negara kedua-dua pihak pada masa depan.

Beliau menegaskan bahawa penyelesaian dua negara adalah satu-satunya jalan realistik untuk membawa keamanan dan keselamatan berkekalan kepada Palestin dan Israel.

Mogherini turut menyeru semua pihak terlibat bertenang bagi mengelakkan isu tersebut makin runcing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China