Cari:
Keputusan AS Cetus Kemarahan
2017-12-07 13:48:44 CRI Cetak

Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, mencetuskan kemarahan negara-negara Asia Barat.

Palestin, Jordan dan Mesir serta Liga Arab menyifatkan tindakan AS itu percaturan yang mungkin mengundang bahaya.

Sebelum ini, jurucakap Pejabat Presiden Palestin, Nabil Abu Rdainah menyuarakan bantahan terhadap rancangan AS memindahkan kedutaan dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis, sambil menyatakan keputusan berkenaan akan menggugat keselamatan dan kestabilan Asia Barat bahkan dunia.

Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi dalam kenyataan menerusi pejabat Presiden, mengeluarkan amaran bahawa keputusan AS itu akan merumitkan situasi semasa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China