Cari:
Latihan Antikeganasan Siber SCO
2017-12-07 14:57:25 CRI Cetak

Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) mengadakan latihan bersama di Xiamen, provinsi Fujian semalam untuk meningkatkan keupayaan menangani keganasan di ruang siber.

Majlis Antikeganasan SCO mengadakan latihan serupa untuk kali pertama di bandar sama dua tahun lalu bagi memperkasakan kerjasama penguatkuasaan undang-undang.

Latihan tahun ini akan membolehkan mekanisme penyelarasan SCO disempurnakan, di samping memberi peluang kepada peserta berkongsi pengalaman.

Naib Menteri Keselamatan Awam China, Shi Jun berkata, latihan kali ini akan mengukuhkan kesalingpercayaan dan kerjasama sesama anggota SCO.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China