Cari:
Forum Fortune Global 2017, Guangzhou
2017-12-07 13:15:15 CRI Cetak

Forum Fortune Global 2017 dirasmikan di bandar Guangzhou, China pada 6 Disember lalu.

Presiden China, Xi Jinping dalam surat tahniah memberi penghargaan atas sumbangan forum itu kepada pertumbuhan ekonomi global, sebagai wadah membincangkan isu-isu utama yang didepani pembangunan dunia.

Xi dalam suratnya berkata China akan meningkatkan tahap keterbukaan ekonomi, menggalakkan pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan membentuk pola baharu keterbukaan dari segenap aspek.

China akan mengekalkan konsep pembangunan yang berteraskan rakyat agar hasilnya dapat dinikmati semua, di samping memperkasakan kerjasama berorientasikan B&R.

Forum Fortune Global 2017, yang akan berlangsung hingga 8 Disember, disertai lebih 1,100 pegawai kerajaan, usahawan dan sarjana dari pelbagai negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China