Cari:
Tindakan AS Dikhuatiri Gugat Kestabilan Serantau
2017-12-08 18:39:50 CRI Cetak

PBB dan beberapa negara termasuk Mesir dan Britain menentang tindakan AS mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, yang dianggap akan menjejaskan kestabilan serantau.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam taklimat media berkata beliau menentang sebarang tindakan sepihak yang menggugat proses damai Palestin-Israel. Isu status Baitulmuqaddis perlu diputuskan melalui rundingan langsung antara kedua-dua pihak mengikut resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dan Perhimpunan Agung PBB.

UNSC mengadakan mesyuarat tergempar hari ini atas gesaan lapan negara termasuk Perancis, Britain dan Mesir.

Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan berkata bahawa keputusan sepihak AS itu membelakangi undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB, serta mungkin menjejaskan kestabilan serantau.   

Perdana Menteri Britain, Theresa May pula berkata pihaknya tidak bersetuju dengan keputusan AS itu, yang dianggap tidak kondusif bagi kedamaian serantau. Britain tidak merancang memindahkan kedutaan di Tel Aviv.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China