Cari:
Maharaja Akihito Turun Takhta 30 April 2019
2017-12-09 16:42:28 CRI Cetak

Mesyuarat kabinet Jepun pagi semalam meluluskan perintah eksekutif yang memutuskan tarikh untuk Maharaja Akihito turun takhta adalah pada 30 April 2019.

Ia adalah pengunduran yang pertama seumpamanya oleh seorang Raja Jepun dalam tempoh dua abad.

Menurut laporan Agensi Berita Kyodo, perintah eksekutif itu akan diumumkan secara rasmi pada 13 Disember.

Satu panel khas akan ditubuhkan pada awal tahun depan untuk membincangkan butir lengkap upacara penurunan takhta Maharaja Akihito.

Baginda akan digantikan oleh anak sulungnya, Putera Mahkota Naruhito, yang akan ditabalkan pada 1 Mei 2019.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China