Cari:
Trump Isytihar Darurat di California
2017-12-09 15:28:31 CRI Cetak

Presiden AS, Donald Trump mengisytiharkan keadaan darurat di California semalam susulan kebakaran hutan yang berlarutan di selatan negeri itu.

Pengisytiharan itu membolehkan dana dan sumber kerajaan persekutuan disalurkan untuk membantu usaha respons bencana di tempat-tempat yang terjejas akibat kebakaran termasuk Los Angeles, Ventura dan San Diego, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Rumah Putih.

Gabenor California, Jerry Brown dalam surat kepada Presiden Trump pada 7 Disember lalu, menggesa pengumuman keadaan darurat di negeri itu memandangkan kemampuan kerajaan tempatan sudah tidak mencukupi untuk menangani kebakaran.

Kebakaran itu telah memusnahkan lebih seribu hektar hutan, di samping merosakkan sekurang-kurangnya 400 rumah penduduk. Hampir 200 ribu penduduk terpaksa berpindah ke kawasan yang selamat.  

Menurut ramalan jabatan meteorologi tempatan, angin Santa Ana yang menyebabkan kebakaran teruk akan berakhir pada 9 Disember.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China