Cari:
PBB: Selesai Isu Semenanjung Korea secara Diplomatik
2017-12-10 16:36:43 CRI Cetak

Timbalan Setiausaha Agung PBB yang bertanggungjawab atas hal ehwal politik, Jeffrey Feltman menegaskan semula peri pentingnya meredakan situasi Semenanjung Korea melalui saluran diplomatik.

Feltman yang baru mengakhiri lawatan selama 4 hari di Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), menyatakan bahawa ketegangan di Semenanjung Korea hanya dapat diselesaikan melalui saluran diplomatik dan "dialog ikhlas".

Dalam lawatan di DPRK, Feltman telah bertukar-tukar pendapat dengan Menteri Luar DPRK, Ri Yong Ho dan Naib Menteri Luar, Pak Myong-guk.

Kedua-dua pihak bersependapat bahawa situasi Semenanjung Korea merupakan isu kedamaian dan keselamatan yang paling kritikal dan bahaya pada masa ini.

Feltman dalam lawatan itu turut menggesa DPRK melaksanakan sepenuhnya resolusi Majlis Keselamatan PBB.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China