Cari:
Protes Bantah Tindakan Trump
2017-12-10 16:37:56 CRI Cetak

Penduduk beberapa negara termasuk Palestin, Iran, Sultan and Turki mengadakan protes bagi membantah pengiktirafan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden AS, Donald Trump.

Tunjuk perasaan "Hari Marah" tercetus di Tebing Barat Sungai Jordan dan Genting Gaza. Dalam pada itu, dua warga Palestin terkorban dalam konflik dengan tentera Israel di Gaza.

Menurut pihak tentera Israel, kira-kira 4,500 orang Palestin telah menyertai tunjuk perasaan di Gaza pada 8 Disember lalu.

Di samping itu, demonstrasi juga diadakan di beberapa bandar di Tebing Barat Sungai Jordan yang disertai kira-kira 3,000 orang. Kira-kira 28 penunjuk perasaan ditangkap tentera Israel, dan kira-kira 65 dilaporkan cedera.

Pada hari sama, beratus-ratus rakyat Sudan mengadakan protes di ibu negara Khartoum untuk membantah pengiktirafan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel oleh AS.

Ratusan ribu penduduk Iran juga mengadakan tunjuk perasaan, sambil memegang bendera kebangsaan Palestin dan slogan menyokong Palestin. 

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China