Cari:
Empat Negara Bincang Isu Ukraine
2017-12-10 16:38:39 CRI Cetak

Pemimpin dari Rusia, Jerman, Perancis dan Ukraine mengadakan rundingan tertutup di Minsk, Belarus semalam bagi membincangkan situasi semasa di timur Ukraine.

Menurut laporan media tempatan, rundingan itu telah berlangsung hampir empat jam. Isu pertukaran tahanan perang antara pihak-pihak berkonflik turut dibincangkan.

Pertukaran tahanan perang dilaporkan mungkin diadakan sebelum Hari Natal, dan tarikh sebenar mungkin diumumkan semasa rundingan kumpulan pengantara tiga pihak pada 20 Disember.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China