Cari:
Loji Jana Elektrik Terapung Terbesar Mula Operasi
2017-12-11 10:51:51 CRI Cetak

Loji janakuasa elektrik menggunakan teknologi fotovolta (PV) yang dibina di Huainan, provinsi Anhui, memulakan operasi baru-baru ini.

Loji terapung berkapasiti 150 megawatt ini merupakan projek seumpama yang terbesar di seluruh dunia.

Lu Chun, Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Kumpulan Tiga Gaung Sungai Yangtze China (CTG) iaitu pemaju projek mega tersebut, menyatakan bahawa penggunaan teknologi berkenaan merupakan penerokaan terkini dalam pembangunan sumber tenaga baharu.

Maklum beliau, projek di Huainan ini merupakan percubaan, untuk membolehkan pihaknya merintis kaedah berkesan untuk mengurangkan kos pembinaan dan operasi agar dijadikan acuan dan standard teknikal bagi projek-projek serupa di seluruh negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China