Cari:
Alcomsat-1 Algeria Dilancarkan
2017-12-11 14:45:23 CRI Cetak

Alcomsat-1, satelit telekomunikasi pertama Algeria, berjaya dilancarkan ke orbit dengan roket pembawa Long March 3 dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang, China pada pukul 12:40 tengah malam tadi.

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Algeria, Abdelaziz Bouteflika telah saling menghantar kawat tahniah atas kejayaan pelancaran satelit tersebut.

Xi berkata, projek ini merupakan sebahagian penting Perkongsian Strategik Komprehensif China-Algeria, yang akan mendorong pembangunan ekonomi negara berkenaan, menambah baik kesejahteraan rakyat dan memacu kemajuan masyarakat.

Tahun depan merupakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara. China bersedia terus berusaha bersama-sama dengan Algeria untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang dan melonjakkan hubungan ke tahap yang lebih tinggi demi manfaat bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China