Cari:
Usaha China Cegah, Rawat Pencemaran Berhasil
2017-12-11 14:06:59 CRI Cetak

Dalam tempoh lima tahun lalu, mod tadbir urus alam sekitar bercirikan China telah dibentuk pada asasnya, sementara usaha negara ini mencegah dan merawat pencemaran telah membuahkan hasil ketara.

Demikian dinyatakan Menteri Perlindungan Alam Sekitar China, Li Ganjie dalam sidang pleno Persidangan Tahunan Jawatankuasa Kerjasama Antarabangsa Alam Sekitar dan Pembangunan China serta Forum Peringkat Tinggi mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan semalam.

Li memaklumkan bahawa hasil tersebut dicapai selepas pelaksanaan tiga pelan tindakan untuk mencegah dan merawat pencemaran udara, air dan tanah oleh Dewan Negara.

Menurut statistik, sebahagian loji kuasa batu arang dengan jumlah kapasiti 640 juta kilowatt atau 68% penjanaan loji serupa di seluruh negara, telah diubah suai kepada teknologi berpelepasan ultra rendah. Pelepasan sulfur dioksida dilaporkan berkurang 83%, nitrogen oksida sebanyak 50% dan jelaga 67%.

Kemajuan ini menandakan China telah membentuk sistem jana kuasa batu arang bersih terbesar di dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China