Cari:
Tentera Iraq Rai Kemenangan atas Daesh
2017-12-11 14:13:43 CRI Cetak

Tentera kerajaan Iraq mengadakan upacara perbarisan di Zon Hijau pusat bandar Baghdad semalam di bawah pengawasan ketat, untuk meraikan kemenangan dalam perang membanteras kumpulan pelampau Daesh.

Perbarisan yang melibatkan askar, kereta kebal, jet pejuang dan helikopter telah diperiksa oleh Perdana Menteri merangkap Panglima Besar Tentera, Haider al-Abadi. Yang turut hadir termasuk pegawai Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri, serta saudara mara askar yang terkorban.

Haider mengumumkan kelmarin bahawa tentera kerajaan telah menawan kembali semua wilayah yang pernah dikawal oleh Daesh. Kejayaan itu menandakan kemenangan bagi pihaknya, dan diperingati dengan pewartaan tarikh 10 Disember sebagai hari cuti umum di seluruh negara.

Amerika Syarikat (AS) dan Britain bagaimanapun beranggapan operasi di Iraq perlu diteruskan kerana terdapat kemungkinan kumpulan pelampau itu bangkit semula.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Heather Nauert dalam kenyataan untuk menyampaikan tahniah kepada Iraq, turut menyatakan bahawa AS akan terus memberikan bantuan kepada pasukan keselamatan Iraq untuk mencegah kebangkitan semula Daesh atau kumpulan pengganas lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China