Cari:
McKinsey: Ekonomi Digital China Makmur
2017-12-13 13:37:52 CRI Cetak
Laporan dikeluarkan oleh syarikat perunding McKinsey semalam menunjukkan bahawa sektor ekonomi digital China berkembang makmur dan mempunyai prospek cerah.

Menurut laporan bertajuk "China Digital: Tingkatkan Daya Saing Global" tersebut, pasaran e-niaga yang terbesar di dunia adalah di China. Jumlah transaksi e-niaga China pada 2016 menduduki 40% keseluruhan transaksi e-niaga global.

Selain itu, China telah menjadi pasaran pembayaran mudah alih terbesar di dunia. Jumlah transaksi yang dijelaskan menerusi platform mudah alih di negara ini pada tahun lalu mencatat lebih 11 kali ganda jumlah di Amerika Syarikat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China