Cari:
China Peringati Mangsa Tragedi Nanjing
2017-12-13 11:50:49 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Upacara memperingati mangsa-mangsa yang terkorban dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai Nanjing semasa perang pencerobohan tentera Jepun terhadap China diadakan di Nanjing pagi tadi, dihadiri Presiden Xi Jinping.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-80 tragedi dahsyat itu. Pada 13 Disember 1937, tentera Jepun yang mencerobohi China melakukan pembunuhan beramai-ramai selama lebih 40 hari di Nanjing.

Lebih 300 ribu orang dibunuh, manakala kira-kira 20 ribu wanita China menjadi mangsa rogol tentera Jepun. Sepertiga bandar Nanjing dibakar musnah oleh tentera Jepun, mengakibatkan kerugian harta benda yang tidak ternilai.

Pada Februari 2014, Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China telah mewartakan tarikh 13 Disember sebagai hari untuk memperingati mangsa-mangsa Tragedi Nanjing di peringkat kebangsaan.


1  2  
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China