Cari:
Trump Gesa Laksana Pembaharuan Sistem Imigresen
2017-12-13 14:45:30 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menggesa kerajaannya melaksanakan pembaharuan terhadap sistem imigresen sedia ada di negara itu susulan letupan bom yang berlaku di Manhattan, New York pada 11 Disember lalu.

Trump dalam satu kenyataan berkata, AS mesti memperkukuh dan membaiki kawalan imigresen yang longgar pada masa ini kerana kelemahan pada sistem tersebut telah menjejaskan keselamatan dan ekonomi negara.

Pada hari yang sama, Jeff Sessions, Setiausaha Penerangan White House dalam sidang media berkata, AS mesti menjamin keselamatan di kawasan sempadan, dan mempertahankan ancaman atau unsur-unsur ketidakstabilan yang mungkin diundangkan mereka yang memasuki AS. Antara saranan termasuk imigrasi berdasarkan merit.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China