Cari:
OIC Iktiraf Baitulmuqaddis Timur Ibu Negara Palestin
2017-12-14 11:38:53 CRI Cetak

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam pengumuman selepas sidang kemuncak khas di Istanbul, Turki semalam telah mengiktiraf Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara Palestin.

OIC turut menggesa negara-negara di dunia mengiktiraf status negara Palestin dan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya.

Menurut pengumuman itu, pengiktirafan AS terhadap Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel "tidak berkuasa".

OIC mengutuk tindakan sepihak AS itu menjejaskan kepentingan rakyat Palestin, menjejaskan usaha damai serta menggugat kestabilan dunia.

Pengumuman OIC tersebut sekali lagi menekankan komitmen untuk menyelesaikan konflik Palestin-Israel melalui "penyelesaian dua negara", di samping memberi amaran kepada AS agar bertanggungawab atas segala akibat yang didatangkan "keputusan haram" pihaknya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China