Cari:
Utara Afghanistan Masih Kubu Daesh
2017-12-14 12:23:22 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Menurut akhbar Afghanistan Times, Darzab dan Qosh Tepa, dua bandar di selatan wilayah Jawzjan, utara Afghanistan jatuh ke tangan kumpulan pelampau Daesh baru-baru ini.

Pada masa ini, hanya kompleks polis dan kerajaan masih dikawal oleh kerajaan tempatan di kedua-dua kota tersebut.

Ramai penduduk tempatan telah melarikan diri ke Sheberghan, ibu kota wilayah Jawzjan untuk berlindung.

Pada 12 Disember lalu, angkatan keselamatan Afghanistan telah melancarkan operasi untuk menghapuskan kumpulan Daesh di kedua-dua kota tersebut.

Menurut akhbar Kabul Times, beberapa kubu telah ditubuhkan oleh Daesh di wialyah Jawzjan pada masa ini. Jalan-jalan dari Darzab ke wilayah lain juga telah disekat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China