Cari:
Zhang Gaoli, Moon Jae-in Hadiri Forum Perniagaan China-Korea Selatan
2017-12-14 13:19:13 CRI Cetak

Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in yang sedang dalam lawatan ke China bersama-sama menghadiri Forum Perniagaan China-Korea Selatan di Rumah Tamu Negara Diaoyutai di Beijiing semalam.

Zhang menyatakan bahawa hubungan China-Korea Selatan yang baik selaras dengan perkembangan sejarah dan arus zaman serta hasrat bersama rakyat kedua-dua negara.

Pembangunan bersama China dan Korea Selatan akan mendatangkan keuntungan kepada kedua-dua pihak, selain mewujudkan situasi menang-menang.

Hubungan China dan Korea Selatan sekarang berada dalam tempoh kritikal, yang memerlukan kedua-dua pihak meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan dan menyumbang dengan aktif kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Kedua-dua pihak disarankan agar mengintensifkan kerjasama ekonomi dan perdagangan serta meningkatkan kualiti dan taraf kerjasama pragmatik, di samping merancakkan pertukaran sosiobudaya agar memperkukuh ikatan persahabatan.

Selain itu, kedua-dua pihak juga akan meningkatkan kerjasama dalam arena antarabangsa untuk bersama-sama menjayakan kerjasama muhibah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China