Cari:
Ekonomi China Kekalkan Momentum Kukuh
2017-12-14 16:31:40 CRI Cetak

Ekonomi China mengekalkan momentum pertumbuhan yang kukuh pada bulan November lalu.

Jurucakap Biro Statistik Negara (NBS) China, Mao Shengyong dalam sidang media di Beijing hari ini berkata, pasaran China merekodkan permintaan yang meningkat, manakala harga barangan kekal stabil dan struktur ekonomi diperbaiki dari semasa ke semasa.

Menurut data yang dibentangkan dalam sidang media itu, pengeluaran perindustrian naik sejajar syarikat domestik makin efisien, sementara sektor perkhidmatan menunjukkan perkembangan pesat. Pelaburan aset tetap turut stabil, begitu juga peningkatan jumlah jualan runcit barangan pengguna serta import dan eksport.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China