Cari:
China, Korea Selatan Mesti Menjaga Hubungan Bilateral
2017-12-15 11:16:03 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah ditemui rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Moon Jae-in di Dewan Kongres Rakyat, Beijing semalam.

Xi Jinping menyatakan bahawa China dan Korea Selatan selaku jiran baik dan rakan kongsi strategik telah menikmati limpahan manfaat daripada pertukaran dan kerjasama yang kian rancak sejak hubungan diplomatik terjalin 25 tahun lalu.

Saran Xi, kedua-dua pihak perlu meningkatkan komunikasi politik dan memperkukuh dasar kesalingpercayaan, dan melihat wadah komunikasi peringkat tinggi seperti dialog serta mekanisme pertukaran antara badan legislatif dan parti politik sebagai pedoman penting dalam hubungan bilateral. Kerjasama pragmatik juga perlu diintensifkan demi keuntungan bersama.

Moon Jae-in pula menyatakan kesediaan pihaknya untuk bersama-sama dengan China memperkasakan kerjasama dalam pelbagai bidang, menyelaraskan usaha dalam urusan antarabangsa dan serantau, selain melonjakkan perkongsian strategik ke tahap baharu. Korea Selatan akan giat terlibat dalam pembangunan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan akan menyumbang tenaga untuk membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Dalam pertemuan dua pemimpin ini, isu nuklear Semenanjung Korea turut dibangkitkan. Xi menekankan komitmen untuk mewujudkan Semenanjung Korea bebas senjata nuklear tidak harus goyah. Peperangan mesti dielakkan, dan isu berkenaan mesti diselesaikan hingga tuntas melalui dialog.

Presiden Xi turut menegaskan semula pendirian China dalam isu penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) dan berharap Korea Selatan menangani hal itu dengan sewajarnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China