Cari:
Israel Lancar Serangan terhadap Fasiliti Tentera Hamas
2017-12-15 13:07:46 CRI Cetak

Tentera udara Israel telah melancarkan serangan udara terhadap tiga fasiliti ketenteraan milik Hamas di Genting Gaza pada malam kelmarin dan pagi semalam, bagi membalas tindakan Hamas melancarkan roket ke Israel.

Menurut kenyataan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) semalam, dua daripada empat roket yang dilancarkan Hamas dari Gaza telah ditangkis oleh sistem pertahanan "Iron Dome" Israel, manakala sebutir jatuh di sebuah kawasan terbuka di selatan Israel dan sebutir lagi di sebuah sekolah di Gaza.

Palestin dan Israel masih belum memaklumkan angka kematian dan kecederaan akibat serangan tersebut.

Sejak Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf Batulmuqaddis sebagai ibu negara Israel pada 6 Disember, situasi di Israel dan Palestin yang sedia tegang semakin meruncing. Menurut media Israel, dalam tempoh seminggu lalu, Israel telah melancarkan sekurang-kurangnya sembilan serangan udara yang menyasarkan fasiliti ketenteraan Hamas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China