Cari:
Kapal 'Peace Ark' Sediakan Perkhidmatan Perubatan di Timor-Leste
2017-12-16 15:55:41 CRI Cetak

Kapal hospital 'Peace Ark' milik Tentera Laut China yang menjalankan tugas "Misi Harmoni-2017" telah tiba Dili, ibu negara Timor-Leste pada 14 Disember lalu untuk memulakan lawatan persahabatan dan perkhidmatan perubatan kemanusiaan selama 8 hari.

Setakat pukul 10 malam 15 hb Disember lalu, seramai 1,230 orang telah diatur menerima rawatan di kapal hospital 'Peace Ark' . Selain itu, ahli perubatan kapal tersebut juga mengadakan latihan bersama menyelamat dan merawat mangsa peperangan dengan pasukan tentera Timor-Leste.

Komander tugas ini, Guan Bolin setelah menemui Presiden Timor-Leste, Francisco Guterres Lu-Olo, telah diwawancara media utama tempatan. Beliau berkata, pihaknya telah melaporkan tujuan dan misi lawatan kapal tersebut kepada presiden Timor-Leste, Francisco yang turut menyanjung tinggi hubungan persahabatan tentera kedua-dua negara.

Guan beranggapan bahawa ini juga langkah penting bagi memperkukuh dan mengembangkan hubungan tentera dan rakyat kedua-dua negara serta terus mengintensifkan hubungan rakan strategik komprehensif China dan Timur-Leste.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China