Logo Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 Beijing telah didedahkan semalam.
Logo yang bernama "Impian Musim Sejuk" yang berunsurkan Olimpik dan budaya tradisional China ini, dikatakan mendapat ilham dari huruf "Dong" (musim sejuk) dalam bahasa Mandarin.
Garis-garis di bahagian tengah loga ini seumpama irama muzik yang melambangkan gunung-ganang, gelanggang pertandingan, gelongsoran luncur ais dan salji serta reben untuk hari raya. Ini juga membawa erti bahawa temasya sukan ini akan diadakan dalam tempoh Tahun Baharu Cina.
Selain itu, logo bagi Sukan Paralimpik Musim Sejuk yang dikatakan berasal dari huruf "Fei" (terbang) dalam bahasa Mandarin, menunjukkan konsep mengutamakan atlet. Dengan adanya kombinasi yang berunsurkan seni kaligrafi Cina dan keistimewaan sukan Paralimpik, logo ini memperlihatkan atlet-atlet yang bersemangat Sukan Paralimpik, bersungguh-sungguh melonjak ke tahap yang semakin tinggi.