Cari:
Pemimpin 27 Negara EU Setuju Mulakan Rundingan Peringkat Kedua 'Brexit'
2017-12-16 16:04:47 CRI Cetak

Pemimpin 27 buah negara Kesatuan Eropah (EU) kecuali Britain telah mengadakan mesyuarat di Ibu Pejabat Majlis Eropah di Brussels semalam. Menurutnya, rundingan peringkat pertama Britain keluar daripada EU atau dikenali sebagai 'Brexit' telah mencapai "kemajuan yang mencukupi" mengenai topik-topik seperti "bayaran perpisahan", sempadan Ireland dan hak serta kepentingan warga EU di Britain. Oleh itu, rundingan peringkat kedua boleh dimulakan.

Rundingan peringkat kedua akan mengfokuskan "tempoh peralihan Brexit" dan hubungan EU dengan Britain pada masa depan.

Sebuah "Panduan Rundingan" diberikan Sekretariat Majlis Eropah menyatakan kedua-dua pihak perlu melaksanakan semua janji yang diberikan dalam rundingan peringkat pertama dan menjadikannya butiran undang-undang dengan secepat mungkin. Inilah prasyarat bagi rundingan peringkat kedua.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China