Cari:
Parlimen Peru Lulus Usul Dakwa Presiden
2017-12-17 14:52:43 CRI Cetak

Parlimen Peru baru-baru ini melulus satu usul yang dikemukakan parti pembangkang bagi mendakwa presiden Pedro Pablo Kuczynski Godard baru-baru ini.

Keputusan itu dibuat dalam pengundian parlimen dengan 93 buah undi setuju dan 17 undi menentang.

Menurut agenda berkenaan, Parlimen Peru akan mengadakan perdebatan dan pengundian muktamad terhadap kes mendakwa presiden pada 21 Disember nanti.

Menurut jurucakap Parti Fuerza Popular, iaitu parti pembangkang yang paling besar dalam Parlimen Peru, Kuczynski didakwa menyediakan perkhidmatan konsultasi secara langsung kepada Syarikat Pembinaan Brazil semasa menyandang jawatan kerajaan. Presiden Peru itu disyaki menyalahgunakan kuasanya dalam membantu syarikat berkenaan berjaya membida projek awam.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China