Cari:
Dialog Ekonomi dan Kewangan China-Britain Ke-9
2017-12-17 14:53:13 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Naib Perdana Menteri China, Ma Kai bersama dengan Canselor Exchequer Britain, Philip Hammond, menghadiri Dialog Ekonomi dan Kewangan China-Britain Ke-9 di Beijing semalam.

Ma Kai berkata, kerjasama pragmatik China-Britain menghadapi peluang-peluang baharu yang muncul sempena ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik kedua-dua negara pada tahun ini.

Kedua-dua pihak disarankan mengambil peluang strategik untuk menerajui kerjasama dalam bidang sumber tenaga, pembinaan infrastruktur, perdagangan dan pelaburan, di samping menyelaraskan strategi "Pembuatan China 2025" dengan strategi pengindustrian Britain dan memperkasakan kerjasama yang berlatarbelakangkan inisiatif "Jalur dan Laluan"(B&R).

Philip Hammond berkata, Britain menyokong inisiatif B&R, dan berharap mengambil peluang untuk meningkatkan kerjasama pragmatik antara kedua-dua negara supaya membawa hubungan Britain-China ke "era keemasan".

Antara isu-isu yang menjadi fokus perbincangan dalam dialog itu termasuk situasi ekonomi makro, perdagangan dan pelaburan, strategi pengindustrian, pembaharuan kewangan dan kerjasama B&R.

Sebanyak 72 buah hasil muafakat bestari dilaporkan tercapai dalam dialog tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China