Cari:
Musim Sukan Ais dan Salji Kebangsaan China ke-4 Bermula
2017-12-17 15:29:43 CRI Cetak

Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong telah menghadiri majlis perasmian Musim Sukan Ais dan Salji Kebangsaan ke-4 di bandar Shijiazhuang semalam.

Berlangsungnya aktiviti ini selaras dengan arahan yang dikeluarkan Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) untuk merakyatkan kempen sukan kebangsaan, dan juga selaras dengan arahan Presiden Xi Jinping tentang menggalakkan seramai 300 juta orang mengambil bahagian dalam sukan ais dan salji. Ia dipercayai akan menggalakkan koordinasi Beijing-Tianjin-Hebei dalam pembangunan bersama, membawa impak yang aktif bagi memupuk suasana Sukan Olimpik Musim Sejuk, menyemarakkan penglibatan penduduk awam dalam sukan ais dan salji, menjana perkembangan sukan ais dan salji serta merangsang perbelanjaan dan perkembangan industri sukan ais dan salji.

Semasa tempoh berlangsungnya Musim Sukan Ais dan Salji yang dianjurkan bersama-sama oleh Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China, kerajaan Beijing, kerajaan provinsi Hebei dan Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing ini, pelbagai aktiviti yang melibatkan sukan ais dan salji yang bercirikan tempatan akan diadakan di seluruh China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China