Cari:
Putin Hargai Bantuan AS Gagalkan Serangan di Saint Petersburg
2017-12-18 15:29:07 CRI Cetak

Presiden Rusia, Vladimir Putin merakamkan ucapan terima kasih menerusi telefon kepada rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump atas bantuan Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang menggagalkan serangan ganas terhadap Saint Petersburg.

Risikan yang disediakan oleh CIA itu juga membantu pihak Rusia menangkap anasir yang merancang letupan bom di tempat-tempat kunjungan ramai, termasuk Gereja Besar Saint Petersburg.

Putin berkata, badan perisikan Rusia juga akan menyediakan maklumat tanpa syarat jika memperoleh sebarang risikan berkaitan ancaman terhadap AS.

Jabatan Keselamatan Rusia baru-baru ini mengumumkan pihaknya telah berjaya menumpaskan sebuah kumpulan penyokong Negara IS (IS) yang mendalangi serangan ganas di Saint Petersburg, bandar kedua terbesar di Rusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China