Letupan bom dan pertempuan sengit berlaku di sebuah gereja bandar Quetta, ibu kota wilayah Balochistan, barat daya Pakistan hari Ahad, mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang maut.
Media tempatan memetik kenyataan jurucakap sebuah hospital bahawa 44 orang cedera dalam serangan berani mati ini, antaranya sembilan parah. Angka kematian mungkin terus meningkat.
Dilaporkan, serangan tersebut dilakukan empat pengganas. Seorang daripadanya ditembak mati oleh pasukan keselamatan sebelum dia cuba meletupkan bahan letupan, seorang lagi meletupkan bom yang dipasang pada badannya, manakala dua lagi berjaya melarikan diri.
Pasukan keselamatan Pakistan sedang menjalankan operasi memburu dan menyiasat. Setakat ini, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab.
Menurut laporan media tempatan, terdapat 500 orang di dalam gereja itu ketika berlakunya serangan.
Perdana Menteri Pakistan, Shahid Khaqan Abbasi mengutuk serangan ini dan menggesa pihak-pihak berkuasa berusaha sedaya upaya merawat mangsa cedera.