Cari:
AS Veto Draf Resolusi PBB tentang Status Baitulmuqaddis
2017-12-19 14:27:54 CRI Cetak

Amerika Syarikat (AS) memveto draf resolusi berkaitan status Baitulmuqaddis yang dikemukakan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Draf yang digubal oleh Mesir itu bertujuan menolak pengiktirafan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel oleh AS.

Meskipun memperoleh 14 undi menyokong, draf tersebut gagal diluluskan setelah diveto oleh AS yang merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan.

Wakil Tetap Mesir ke PBB, Amr Abdellatif Aboulatta sebelum pengundian itu berkata, draf resolusi itu bertujuan untuk menggagalkan sebarang percubaan untuk mengubah ciri-ciri atau struktur penduduk di kota lama Baitulmuqaddis.

Kuasa Usaha China ke PBB, Wu Haitao selepas pengundian itu telah mengulangi pendirian China iaitu menyokong proses damai di rantau Asia Barat dan perjuangan rakyat Palestin untuk mempertahankan kepentingan sah bangsa mereka. China menyokong penubuhan negara Palestin yang beribu negara di Baitulmuqaddis Timur.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China