Sebuah kereta api kendalian Syarikat Amtrak Amerika Syarikat (AS) mengalami kemalangan yang mengakibatkan 6 orang maut di negeri Washington, semalam.
Menurut kenyataan Amtrak, gerabak kereta api No.501 tergelincir dalam perjalanan dari Seattle ke Portland. Terdapat 78 penumpang dan 5 kakitangan di dalam kereta api ketika itu. Usaha menyelamat mangsa sedang dijalankan.
Operasi Amtrak di kawasan selatan Seattle tergantung untuk sementara. Suruhanjaya Keselamatan Pengangkutan Negara AS telah menubuhkan kumpulan kerja untuk menyiasat punca kemalangan berkenaan.