Cari:
Presiden Baharu Chile Mahu Eratkan Kerjasama dengan China
2017-12-19 15:36:53 CRI Cetak

Presiden baharu Chile, Sebastian Pinera melahirkan hasrat untuk memperkukuh kerjasama dengan China dalam bidang pelaburan, sains dan teknologi, serta pembinaan prasarana.

Beliau berkata demikian semasa bertemu wakil media di rumahnya semalam. Pinera berkata China merupakan rakan dagang terbesar bagi Chile, dan pihaknya mahu merapatkan ikatan dengan China dalam bidang-bidang berkenaan. Beliau amat optimistik terhadap perkembangan hubungan kedua-dua negara pada masa depan.

Pinera turut menekankan bahawa Chile bukan sahaja negara Amerika Selatan pertama yang menjalin hubungan diplomatik dengan China, tetapi juga negara Amerika Latin pertama yang menandatangani perjanjian dua hala dengan China tentang keanggotaan China dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Pinera yang baru memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya presiden 17 Disember lalu, turut mengucapkan terima kasih atas ucapan tahniah daripada pihak China.

Beliau akan mengangkat sumpah jawatan pada 11 Mac tahun depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China