Cari:
IGF ke-12 di Geneva
2017-12-20 17:25:37 CRI Cetak

Forum Tadbir Urus Internet (IGF) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-12 yang bertemakan "Menstruktur Masa Depan Digital Anda" dirasmikan di Geneva Isnin lalu.

Lebih 2,000 orang tokoh bidang politik, perniagaan, keilmuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh dunia akan berbincang tentang kecerdasan buatan (AI), data besar, berita palsu, internet benda (IoT), dan teknologi realiti maya (VR) dalam forum yang berlangsung selama 4 hari itu.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres ketika menyampaikan ucapan video untuk majlis perasmian forum itu menyatakan bahawa internet dan teknologi baharu boleh membantu manusia menangani cabaran dalam mewujudkan pembangunan mampan. Namun, kesan negatifnya seperti dieksploitasi menjadi saluran ideologi extremis dan sentimen pemisah serta jenayah, tidak boleh diabaikan.

Saran beliau, semua negara perlu memperkasakan kerjasama bagi memastikan internet digunakan untuk kebaikan umat manusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China