Cari:
Shinkansen Jepun Retak
2017-12-20 11:29:18 Agensi Berita Xinhua China Cetak

West Japan Railway Company (JR-West) dalam sidang media yang diadakan semalam mengakui rekahan teruk ditemui pada kereta api laju Shinkansen yang dibina syarikat itu, dan kemungkinan kereta api berkenaan tergelincir dari landasan sekiranya gerabak meretak ketika berada di tengah perjalanan.

Pada 11 Disember lalu, kru kereta api Shinkansen dari Hakata ke Tokyo dilaporkan tercium bau terbakar dan terdengar bunyi ganjil dalam gerabak.

Kereta api itu berhenti untuk pemeriksaan di stesen Nagoya selepas bergerak tiga jam dan kru menemui satu rekahan pada rangka di bawah satu gerabak serta kebocoran minyak.

Kejadian itu diklasifikasikan sebagai insiden serius oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Jepun (JTSB) selepas menjalankan siasatan berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China