Cari:
WB Naikkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi China
2017-12-20 14:51:04 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Ekonomi China diramalkan meningkat pada kadar 6.8% tahun ini. Demikian unjuran Bank Dunia (WB) dalam Taklimat Ekonomi China pada 19 Disember lalu.

Menurut WB, dalam konteks perdagangan global semakin pulih ketika ini, eksport bersih menunjukkan nilai positif terhadap pertumbuhan ekonomi China sepanjang tiga suku berturut-turut.

Selain itu, keyakinan syarikat meningkat, peluang pekerjaan bertambah, manakala nilai mata wang renminbi naik susulan pengaliran keluar modal makin stabil.

Elitza Mileva, ahli ekonomi kanan WB berkata, suasana ekonomi yang positif memberi China peluang untuk memperdalam pembaharuan dan inovasi terhadap struktur ekonomi. Negara ini dipercayai mampu mewujudkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang lestari dan efisien.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China