Cari:
UNSC Lanjut Mandat Bantuan Kemanusiaan ke Syria
2017-12-20 14:09:28 CRI Cetak

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam meluluskan resolusi melanjutkan mandat bagi bantuan kemanusiaan agensi PBB dan rakan kerjasamanya kepada rakyat Syria hingga 10 Januari 2019.

Kerajaan Syria digesa memberikan respons secepat mungkin.

Resolusi baharu tersebut sekali lagi menggesa agar resolusi 2254 yang diluluskan pada Disember 2015 dilaksanakan secara menyeluruh bagi mempercepat penyelesaian isu Syria melalui saluran politik.

Majlis Keselamatan turut menggesa Setiausaha Agung PBB menjalankan pemeriksaan bebas terhadap operasi bantuan kemanusiaan rentas sempadan terbabit dalam tempoh enam bulan.

Menurut resolusi sebelum ini, agensi kemanusiaan PBB dan rakan kerjasamanya berhak masuk ke Syria melalui empat tempat di sempadan negara itu dengan Turki, Iraq dan Jordan untuk menghantar barang bantuan, setelah pihak Syria dimaklumkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China