Cari:
Kabinet Britain Mula Runding Perdagangan Brexit
2017-12-20 15:28:17 CRI Cetak

Jawatankuasa kabinet Britain mengenai urusan keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) atau "Brexit" memulakan rundingan rasmi mengenai hubungan perdagangan negara tersebut dengan EU pada masa depan, pada Isnin lalu.

Ini merupakan kali pertama kabinet Britain duduk berunding mengenai hal ini sejak referendum "Brexit" 18 bulan lalu.

Perdana Menteri Britain, Theresa May dalam rundingan tersebut menyatakan bahawa beliau akan berusaha mencapai perjanjian perdagangan bebas dengan negara-negara bukan EU, sementara mengelakkan konflik dengan blok terbabit. Pandangan beliau bagaimanapun gagal membuahkan persetujuan sesama para menteri yang berunding.

Pada masa ini, Parti Konservatif berbelah bagi kepada dua kem. Satu kem mahu Britain bebas daripada kawalan EU meskipun langkah ini mungkin mengundang halangan perdagangan. Satu kem lagi mahu Britain mengekalkan hubungan dengan EU yang merupakan rakan dagang terbesar negara itu, dan bersedia berkompromi.

Ketua perunding bagi pihak EU, Michel Barnier menunjukkan pendirian yang lebih keras. Kata beliau, Britain perlu akur dengan dasar baharu EU selepas tempoh peralihan "Brexit", khususnya berkaitan industri perkhidmatan kewangan.

Beliau menekankan bahawa Britain tidak lagi akan menikmati dasar keutamaan selaku anggota EU.

Tambah Barnier, EU tiada rancangan memeterai perjanjian khas perkhidmatan kewangan dengan Britain, menyebabkan negara itu kehilangan lesen mengendalikan perkhidmatan kewangan di blok berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China