Cari:
China Tidak Kejar Kedudukan Dominan
2017-12-21 11:33:08 CRI Cetak

China sentiasa berpegang kepada prinsip berbincang bersama, membangun bersama dan berkongsi dalam kerjasama "Jalur dan Laluan" (B&R) dan tidak akan memaksa mana-mana negara lain mengikut telunjuknya.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media di Beijing semalam.

Hua berkata, B&R bertujuan memacu pembinaan infrastruktur dan kesalinghubungan di negara-negara serantau, selain menyelaraskan dasar dan strategi pelbagai negara demi pembangunan bersama.

Melalui rundingan yang sama rata, China telah memeterai perjanjian kerjasama dengan 80 buah negara dan pertubuhan antarabangsa, di samping menjalankan kerjasama kapasiti pengeluaran dengan lebih 30 buah negara. China juga sedang berusaha menubuhkan 75 zon kerjasama ekonomi dan perdagangan di 24 buah negara.

Tambah beliau, jumlah pelaburan berorentasikan B&R yang disuntik oleh syarikat China di negara-negara terlibat mencecah USD50 bilion (RM203 bilion), sekali gus mewujudkan hampir 200 ribu peluang pekerjaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China