Cari:
Jepun, Korea Selatan Sedia Terlibat dalam 'B&R'
2017-12-21 11:08:29 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe baru-baru ini menyatakan kesediaan masing-masing untuk menjalin kerjasama dengan China dalam rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Menurut akhbar Chosun Daily Korea Selatan, Presiden Moon berharap negaranya dapat menyelaraskan strategi dengan China dengan secepat mungkin. Korea Selatan sanggup terlibat secara proaktif untuk bersama-sama menjayakan B&R, sekali gus membina komuniti berkongsi nasib umat manusia menerusi usaha sama China dengan negara-negara yang terlibat dalam inisiatif berkenaan.

Shinzo Abe pula ketika menyampaikan ucapan di Tokyo pada 19 Disember lalu menyatakan bahawa Jepun berharap memperhebat pertukaran peringkat tinggi dengan China serta membincangkan kerjasama dua hala di bawah rangka B&R, demi mewujudkan situasi menang-menang dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan.

Inisiatif B&R dipercayai bukan sahaja menggalakkan keterbukaan dan kerjasama antara negara-negara terlibat, malah juga dapat merapatkan lingkaran ekonomi Asia Timur dengan lingkaran ekonomi Eropah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China