Cari:
AS Laksanakan Pembaharuan Cukai
2017-12-21 10:58:29 CRI Cetak

Senat dan Dewan Perwakilan Kongres Amerika Syarikat (AS) meluluskan akta undang-undang pembaharuan cukai yang berskop paling besar sejak tahun 1986. Akta baharu ini akan dikuatkuasakan mulai Januari tahun depan selepas ditandatangani Presiden Donald Trump.

Akta baharu ini menurunkan cukai pendapatan syarikat daripada 35% sekarang kepada 21%, manakala keuntungan syarikat di luar negara dikenakan cukai satu kali, antaranya kadar terhadap keuntungan tunai ditetapkan pada 15.5%.

Dalam aspek cukai pendapatan individu pula, tujuh tahap sedia ada dikekalkan, namun kebanyakannya pada kadar cukai lebih rendah. Kadar maksima dahulu 39.6% diturunkan kepada 37%.

Pemindaan melibatkan cukai pendapatan syarikat adalah tetap, manakala bagi cukai pendapatan individu hanya hingga hujung tahun 2025.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China